Wednesday, 7 March 2012

BETTING STILL ON..DUE DATE ON SEPTEMBER..R U READY?????

KISAHNYE ......setelah tamat pengajian..aku azyan dan bixby "MERANCANG SESUATU"......sepatutnya konvo kitorg bulan 10 tapi di awalkan..bulan 5 2012..so plan agak terganggu ..tp lgsung tidak mematahkan semangat kami untuk berjuang dengan nafsu makan..so sy diperkenalkan dengan..DIET ATKIN..harap ini dpt membantu mengurangkan makan sekaligus mengurangkan berat badan yang semakin meruncing..betting is still on..the date are on KAK LONG (DYH) wedding..so we will see who is the winner...??it is me,yan,b....may god bless us...therefore i want to share with all of u about this WE CALL AS corak pemakanan sihat...>:)...chaiyok sume...N DON FORGET TO TRY THIS...-------> DIET ATKIN

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.
Dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahanapi. Ini bereti berat badan anda akan mula menyusut.
Dr Atkins mula mengembangkan idea �karbohidrat rendah dalam pemakanan� semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti �low-fat diet� atau diet rendah lemak.
Melalui �low-fat� diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakkan diet yang diperkenalan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.
Dr Atkin telah membuat kajian mengenai �low carbohydrate diet� dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanang kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.
Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:
1. Induction (permulaan dan pengenalan) � 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance
Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.
Semasa 2 Minggu Induction:
1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal…
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
********************************************************
Boleh Makan:
1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis…
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai… asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun…
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je…
9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet…
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!
Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)
Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)
Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)
cuba  diet ni selama 2 minggu, anda boleh lihat hasilnya.
sumber : melayu dot com


thnks to melayu dot com for brilliant info..:)

Friday, 13 January 2012

TERUKIR DI BINTANG BY YUNALIS ZARAI


Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika kau minta satu dunia akan aku coba
Kuhanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
HATI INI BUKAN MILIKKU LAGI
SERIBU TAHUN PUN AKAN KU NANTI KAN..... KAMU
Sayang ku jangan kau persoalkan siapa dihatiku
terukir dibintang tak mungkin hilang cinta ku padamu.......

UNIQUE ISLAND SHAPE IN THE WORLD

Gambar kat bawah ni adalah pulau2 di serata dunia yang mempunyai bentuk yang unik dan menarik.Ini dapat membuktikan kehebatan kuasa Allah S.W.T. yang berupaya mencipta pulau2 dalam apa2 bentuk sekalipun.


Jom kita saksikan pulau2 yang berbentuk unik ni....



1.Berbentuk Dolphin-Kepulauan Flores

2.Berbentuk orang buka mulut-Kepulauan Sunda,Indonesia


3.Berbentuk Karot-Maldives


4.Berbentuk Boomerang-Laut China Selatan


5.Berbentuk Pokok-Isles of Scilly


6.Berbentuk mata-Maldives
 


7.Berbentuk hati-Croatian Coast


8.Berbentuk paru-paru-Florida


9.Berbentuk kuda laut-Kepulauan Galapalos


10.Berbentuk smiley-Pulau Manukan,Sulug dan Mamutik,Sabah

DESIGN PELIK TETAPI MENARIK

Bangunan2 ini mempunyai reka bentuk yang sangat unik dan menarik.

Jom kita tengok....
1.The Crooked House
Lokasi:Sopot,Poland

2.Basket Bullding
Lokasi:Newark,Ohio


3.Community Bookshelf
Lokasi:Kansas City


4.Guggeinheim Meseum
Lokasi:Bilbao,Spain


5.Ferdinand Cheval's Ideal Palace
Lokasi:Hauterives,France


6.Dancing House
Lokasi:Prague,Czech Republic

7.Lotus Temple
Lokasi:New Delhi,India


8.Cadet Chapel
Lokasi:Colorado Springs,Colo


9.Niteroi Contemporary Art Meseum
Lokasi:Rio de Janeiro,Brazil


10.Cube Houses
Lokasi:Rotterdam,Netherlands


11.Library of Alexandria
Lokasi:Alexandria,Egypt


12.Belarus National Library
Lokasi:Minsk,Belarus


13.Waldspirale
Lokasi:Darmstadt,Germany


14.St. Mary Axe
Lokasi:London


15.Habitat 67
Lokasi:Montreal,Canada


16.The Egg
Lokasi:Albany,New York


17.Flinstone House
Lokasi:Burlingame,Calif


18.Container City 
Lokasi:London

Thursday, 12 January 2012

AP229 BIKIN SLOT (BS) akasia.....





Sinopsis cerita Tentang ELA:


Bermula kisah sedih cinta tiga segi antara ELA lakonan dan dua orang lelaki yang sangat dicintainya, BIXBY dan ABU . ELA dicemburui oleh MILI kerana ELA menjadi rebutan dua lelaki tersebut.


ELA seorang gadis kampung yang disukai ramai kerana perwatakan yang ayu, lembut dan cantik. ELA sudah lama jatuh hati kepada ABU seorang anak kepada Imam di kampung dan bekerja sebagai kerani biasa saja. Manakala BIXBY seorang pemuda yang berasal dari keluarga kaya dan berkelulusan dari luar negara menjadi teman rapat ELA.


ELA bakal melangsungkan pertunangan dengan ABU, BIXBY sedih , namun tetap redha dengan keputusan ELA walaupun dia masih mencintai ELA.


Kisah sedih ELA bermula apabila MILI cuba memerangkap BIXBY dengan memaksa BIXBY menidurinya dalam keadaan mabuk. MILI mengandung tapi BIXBY tidak mahu bertanggugjawab. MILI cuba pulak memerangkap ABU dan akhirnya mereka ditangkap khalwat.


ELA terkejut dan kecewa amat sangat apabila mengetahui tentang hal itu, lebih lebih lagi majlis pertunangan sudah hampir. ELA yang jujur dan baik hati sanggup memaafkan ABU dan mereka bertunang juga akhirnya. MILI tak mengaku kalah dia menyerang ABU semasa majlis pertunangan dan mahu ABU bertanggungjawab. MILI berjaya disatukan dengan ABU tanpa kerelaan ELA.


Dalam keadaan masih sedih mengenangkan nasibnya ,ELA didatangi pula AIMAN dalam hidupnya. AIMAN seorang Jurugambar dari Kuala Lumpur.


Perkenalan AIMAN dengan ELA bermula apabila AIMAN berkunjung ke kampung ELA kerana AIMAN menziarahi pengebumian kawan baiknya. Di situlah AIMAN jatuh cinta pandang pertama dengan ELA. AIMAN sebenarnya digilai oleh DAYAH

Selepas ELA kehilangan ABU dapatkah AIMAN merebut hati dan cinta ELA, adakah cinta ELA dan AIMAN akan terhalang lagi dengan kehadiran DAYAH pulak? Ok sama sama nantikan drama Akasia Tentang ELA ......


AKHIRNYA...


ELA dipanggil berjumpa KU DIYANA, di hadapan AIMAN, Ku AINA dan MIRA, Ku DIYANA bertanya dan meminta ELA memilih, samada ingin di ceraikan atau di madu, setelah dia gagal memberikan zuriat kepada AIMAN.
Apabila ELA sedar AIMAN yang tidak mengindahkannya, ELA tawakal, bersetuju untuk di madukan.
AIMAN tergamam dengan keputusan ELA. Manakala Ku AINA senyuman puas. Akhirnya dia dapat memporak porandakan rumahtangga ELA. Niat untuk kahwinkan AIMAN dengan DAYAH hampir tercapai.


ABU dan BIXBY sangat marah apabila mengetahui yang ELA akan di madukan. Mereka bertindak untuk menyerang AIMAN dan keluarganya.


AIMAN mula bertanya pada ELA, apakah rahsia yang selama ini terpendam, mula lah timbul cerita, bila AIMAN mengetahui yang Ku AINA mengunakan khidmat bomoh.


ABU, BIXBY, MILI muncul di rumah ELA. Mereka bertengkar dan marah2.
AIMAN enggan berkahwin dengan DAYAH. Ku AINA menguggut tak nak mengaku AIMAN anaknya, dalam keadaan kalut dan tegang, ELA muncul dan merelakan AIMAN berkawin lagi kerana dia tidak dapat hidup lama.


p/s: cerita ini adalah rekaan semata* aktress2 dlm citer ni jgn amek hati tau..:)


Credit to azyan untuk gmbr yg anda amek...class uolssss:)






Most Interesting