Tuesday, 10 May 2011

cerpen:story of my life PART 4 - title: nelly yasmeen@jia

SITUASI 4

“Nelly benci papa?” Tanya Mak Bong pada suatu pagi ketika semua anggota keluarga majikannya telah tiada di rumah.

Nelly mengeleng…..

“Tapi nape Mak Bong tengok Nelly tak tegur papa?”

Dia Mengeluh…….

“Entah la Mak Bong….Sungguh Nelly x sangka papa bertindak begitu..Papa Marah sungguh.”

Nelly patut lebih hati2.Bagi Mak Bong,Papamu Pukul Nelly kerana x mahu Nelly terlanjur..Ingat kata-kata Mak Bong dulu?”

“Tentang Bawang?”

“Hmmm…”

“Kalau Mak Bong ada hari tu mesti Nelly tak seteruk ni,”katanaya dengan suara hiba.

“Perkara dah berlaku nak kata apa lagi??”

Nelly,Petang ni papamu pulang,eloklah Nelly bermesra dengannya macam biasa ye…”

************************************Tengah hari tu Nelly menerima sepucuk surat yang selama ini ditunggunya.Dia bersorak gembira lalu memeluk Mak Bong.

“Ini peluang Nelly untuk berbaik dengan papa,”Ujar Mak Bong.

“Benar,Ya Benar Mak Bong,”.

Sesungguhnya seluruh anggota keluarga En Hakim gembira dan bangga dengan keputusan peperiksaan A-LEVEL Nelly.Nelly Berjaya melanjutkan pelajarannya dan diminta bersiap sedia dengan segala peralatan dan keperluan untuk berangkat ke-luar Negeri.

“Bila?”Tanya Puan Farah.

Anda akan melanjutkan pelajaran diperingkat ijazah dalam jurusan Undang-undang di AUSTRALIA..dan mula mendaftar pada tarikh …………

“Bulan DEPAN,mama,”ujar Nelly

Setelah membaca isi surat yang diterimanya malam itu juga keluarga En Hakim berunding menempah baju dan menyediakan passport untuk Nelly.

***********************************

“Tahniah!”Ucap Puteri Suziana apabila Nelly menelefonnya pada malam itu..

bla…bla…bla………..

“You bila nak berangkat ke luar negeri?”


“Bulan depan..sesi bermula bulan JUN.

************************************Sebulan berlalu,pagi besok dia akan berangkat ke luar negeri.Seronok dihatinya bukan kepalang.Kali ni dia bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh..

Cinta!????

oh! sejak kejadian hari tu,Nelly sudah berjanji takkan bercinta buat masa ni….
Belajr lebih penting..cinta bila-bila pun boleh datang,detik hatinya….

************************************Keluarga,sanak saudara ,rakan,Mak Bong mengiringi Nelly ke lapangan Terbang.Pemergiannya selama 5 tahun pasti meninggalkan kesan pada semua orang,terutama Mak Bong.Pasti Mak Bong KESEPIAN……….




to be continue............

************************************
hontoni arigato gozaimasu jia-chan.. ^^ 

cerpen:story of my life part 3 - title: nelly yasmeen@jia


SITUASI 3

Di Malam hari jadi……….Puteri Suziana…

“Nelly janji nak pulang pukul berapa tadi?”Tanya Puan Farah sambil memandangkan suaminya yang berwajah agak kurang senang.

“Sepatutnya inilah waktunya dia sampai rumah.”Balas En Hakim dengan perasaan yang ditenang-tenangkan.

Serentak dengan itu,Majlis sambutan hari jadi Puteri Suziana yang kesembilan belas baru sahaja selesai.Kala itu jugalah,Nelly ingin beredar pulang,akan tetap Puteri Suziana Menahannya.

“Ala Nelly xkan la nk balik dah?”.Duduk la dulu..”

“Yalah Nelly…,”sela seorang teman.”Kita bergebang la dulu.”(dalam bahasa standard merapu).
“I dah janji pukul sepuluh.”

“Masakan papamu marah kalau terlewat sikit!”

Bukan soal marah yang I fikirkan….”

“Prinsip!Soal Prinsip!”

“Prinsip ape plak ni Fredo?” Tanya lyka dengan nada bergurau.

“Masakan kau x tau pengertian prinsip?

“Hebat!”

“Hai ,xkan diam saja Nelly?”

“Memang benar kata-kata Fredo tu….”

“Waaaaa,Fredo tau segalanya..ada apa-apakah?”

Hilai ketawa mengisi ruang tamu.

************************************Sesungguhnya hati Puan Farah tidak tenteram.Tergerak hatinya untuk menelefon ke rumah Puteri Suziana.Lantas dia bangun dan menuju ke kaki tangga.Selepas tangan nya mengangkat gagang telefon,hatinya berdetak.

“Patutnya aku telefon tadi….dah tengah malam ni..ah..!”

Puan Farah segera meregangkan sedikit daun pintu.Dia menjenguk dan ingin mendengar dengan kepekaan..

Terima kasih,bye!”
“Bye See u.”

************************************
“Siapa hantar Nelly balik tu?”

Nelly tersentak.Sungguh tidak diduga mamanya menunggu di depan pintu.

“Mama belum tido?”

“Pertanyaan mama belum dijawab?”

“Er….Kawan-kawan….Siapa?”

“Suruh dia masuk kunci pintu tu.”

Papa belum tido!?Desis Nelly,gementar juga..

“Sekarang pukul berapa?”Tanya En Hakim.

Nelly semacam terbau bahaya dari pertanyaan papanya itu.

“Er….12.40 papa.”

“Janji pulang pukul berapa?”

“10”ringkas jawapan Nelly.

“Sejak bila Nelly berperangai macam ni?”

“Mengapa biarkan papa dan mama tunggu Nelly sampai berjam-jam?”

Nelly diam membisu……

“Apa Nelly ingat kami senang duduk dirumah menanti kau?”

“Maafkan Nelly papa…”
“Siapa hantar kau tadi?”

“Kawan-kawan Nelly papa”….Nelly tunduk.

“Siapa?”lelaki atau perempuan?”

“Campur-campur ada lelaki ,ada perempuan…”...

Selepas Nelly menyudahkan kata-katanya,Tangan  En .Hakim terangkat dan dengan pantas dan kuat,satu penampar tepat lekat di muka Nelly.Nelly berteriak,terkejut kesakitan dan hampir terjatuh.Serentak dengan itu,Puan Farah ikut terkejut.Dia merasakan keperitan itu.Namun begitu dia tidak mahu masuk campur dahulu…

“Biadap!!”

“Kau dah pandai membohongi papa..Tak menepati janji dan pulang lewat malam dengan lelaki yang belum tahu hati budi pekertinya…”

“Aduh,!!”

“Kau buat lagi Nelly?”

“Tidak papa…Nelly janji tak buat lagi..Nelly janji.”kata Nelly dengan esakan..

Satu lagi penampar hinggap di pipi Nelly.Gadis itu terus meraung..Natalee dan Neesa hanya mampu melihat dari atas.Mereka tidak berani campur tangan

“Sudahlah!”Teriak Puan Farah.

Pada ketika itu,secara spontan Nelly teringatkan Mak Bong.

Nelly meraung.”Tolong Nelly Mak Bong!Tolong Nelly…




to be continue....

************************************************************
hontoni arigato gozaimasu jia-chan.. ^^ 

cerpen:story of my life part 2- title: nelly yasmeen@jia

**********************************************************************************

SITUASI 2

Nelly kembali ke kamarnya,hati Nelly dikunjungi sepi.Sepi yang memutikkan rindu.Rindu yang menuntut belaian.Ketika itulah hati gadisnya tersentuh.Lantas,menerpa datang wajah fredo,pengurus berjawatan yang bertugas di sebuah bank.

"Aku datang menjemputmu,"ujar Fredo melalui telefon pagi tadi.

"Susah-susah saja".

"Menjemputmu bukan satu kesusahan Nelly.Malah satu ketenangan......"Puteri Suziana tu kan kawan you masa di Convent dulu."

"I tak pernah kata tidak atau menafikannya."

Ah,berbelit cakap u ni?"

Nelly tergelak."jika tenang tak sukar memahaminya, en. fredo,"Balas Nelly bersahaja.

"Bijak sungguh kau berkata-kata Nelly...Baik lah!Birthday Party tu bukan malam ini.Masih ada waktu.Jika nak pergi bersama,u just call me ok?"bye!"

"Bye fredo!"

Memang tak diduga lelaki muda lulusan Universiti Malaya jurusan Ekonomi itu berminat terhadapnya.Pada hal abru kali pertama mereka bertemu dalam satu majlis meraikan seorang teman yang baru pulang dari Luar negeri.Sejak itu kerap pulak Fredo menelefonnya.

"Hati-hati berkawan,bergaul...."demikian pesan Mak Bong.

"Boleh ke percaya lelaki macam tu,Mak Bong?"

"Menyelami hati budi orang bukan mudah Nelly..manusia pandai berlagak,bijak berkata-kata.

"Pemuda macam Fredo tu macam mana Mak Bong?"

"Mana lah Mak Bong tau Nelly yang selalu bercakap dengan nya....?"

"Itu yang Nelly nak tau dari pengalaman hidup Mak Bong?"

"Hmmm ada-ada sajalah Nelly ni?"Sambut Mak Bong sambil tergelak.

"Nelly ,kita ni orang perempuan..hari depan kita ,baik buruknya kita banyak bergantung pada diri sendiri.Pendirian kena teguh.Iman nak kukuh.Ini Benteng.Hidup ni macam meniti buih.Lagipun selalu dikatakan hari depan orang perempuan,gadis remaja macam Nelly ni....senipis Kulit Bawang..

"Senipis kulit Bawang"?

"Ya,tu yang Mak eton selalu pesan supaya berhati-hati.Jika tidak mata kita akan mudah berair,pedih!"

Sedikit resah Nelly mengingatkan perbualan nya dengan Mak Bong.Berkias-kias pula cakapan Mak Bong itu.Lantas kembali dia keluar dari kamarnya.

Dengan lincah dia menuruni tangga lalu ke dapur.

"Buat apa tu Mak Bong?"tanya Nelly separuh menyergah.

"Eh,Nelly ni Buat Mak Bong terperanjat saja.Buat apa lagi kalau tidak memasak."

Berkerut kening Nelly melihat di tangan Mak Bong terdapat sebilah Pisau dan sebiji bawang besar.Agak tersentak juga dia.Ungkapan Algebra...eh bukan Ungkapan senipis kulit bawang meracau dalam ingatannya..Mungkinkah satu kebetulan,tangkis hati kecilnya...

******************************************************************************
En Hakim sampai di rumahnya.Letih berkerja seharian.Untuk beberapa ketika,Nelly membiarkan papanya meneguk jus oren yang dibuatnya.Sesungguhnya dia menantikan detik untuk menyatakan sesuatu.Apabila melihat papanya agak santai dan tenaang baru la Nelly bersuara..

"Papa masih ingat Puteri Suziana?"

"Hmm..."

"Anak tunggal Megat Ikhram?"

"Ya!,classmate Nelly time di Convent dulu."

"Hmm...kenapa?"

Dia jemput Nelly Ke Majlis Hari jadi nya minggu depan."Boleh Nelly paergi x papa?"

"Nelly sendirian?"

"Ya..ya Boleh papa?"Papanya tidak menjawab....

Kata orang kalu x jawab maknanya setuju......yes...maknanya boleh la...............



to be continue......

*******************************************************************************

hontoni arigato gozaimasu jia-chan.. ^^ 

Saturday, 7 May 2011

cerpen:story of my life part 1- title: nelly yasmeen@jia

selepas sesi berhempas pulas kat dewan peperiksaan td aku skrg nk regangkan otot dgn mengarang....actually,(wah sudah la ko jia,..x yah nk speaking)..hmm ok2...sebenarnya cerita ni dh lama aku karang since aku form 3,2002...so cer teka umo skrg huhuhu....time dulu2 aku suka berangan dan mula la mengarang sikit-sikit da cerita ni menemui titik noktah...pada mlm jumaat suatu hari dlm tahun yg sama.(Puitis x?hehehee)so jgn nk buang masa aku n korang sume kite straight forward pada cite nyer k.......

* * * * * * * * * * * * * * * *  * * * * * * * * * * * * * * * * *  * * * * * * * * * * * * * * * * *  ** * * 

TITLE: NELLY YASMEEN by JIA NUR
SITUASI 1

Dari ruang kamarnya,Nelly beredar menuruni tangga rumah banglo bertingkat,bagaikan kijang dara,dia lincah memijak mata tangga berjumlah dua puluh dua itu.Dari mulutnya mendesis dendangan riang yang cuma dapat di dengarnya sendiri.Begitu dia mencecahkan telapak kaki di ruang makan,telefon berdering,seketika dia terhentilalu menoleh ke arah telefon itu.Tergerak hatinya mahu menyambut panggilan itu.Ah!pagi-pagi sudah ada yang menganggu?Nelly memalingkan muka lalu terus ke dapur.Dia mengharapkan deringan telefon itu terhenti dengan sendirinya.Akan tetapi,ternyata pula harapannya tidak menjadi kenyataan."Mak bong!""ya iza!Mau sarapan?"."Telefon tu,".Pembantu rumah itu tersenyum lalu bergegas melewati Nelly yang tercegat di sisi peti ais.Terkedek-kedek pembantu rumah yang agak gempal itu menuju ke kaki tangga.Sewaktu gagang telefon diangkat,Nelly muncul pula di ruang tamu.Dia duduk di sofa sambil menatap Akhbar Harian.

"ya!,mau bercakap dengan nya?...sebentar ya!"

"Nelly,telefon....."

Akhbar diletak kan diribaan."Siapa mak Bong?"Mak Bong mengelengkan kepala.Nelly memuncungkan mulut.Walaupun begitu telefon bertukar,Mak Bong segera kembali ke dapur menguruskan tugas harian.Dari situ tidak dapat didengar butir cakapan Nelly.Namun begitu ketika dia meletakan cawan di meja makan,Nelly masih bergayut di telefon.Sekali sekala gadis akhir belasan tahun itu ketawa.Pada kala lain pula,Nelly bersuara manja seakan merajuk.


Nelly tenang menikmati sarapan .Pandangannya  melewati langsir tipis kemerah-merahan menembusi cermin pintu gerak lalu tertumpu ke jajaran orkid dihalaman rumah yang agak luas.Alangka tenang dan damai hati Nelly.Bunga-bunga orkid?..Alangkah rajin nya mama!Alangkah sayang nya mama pada orkid-orkid itu!.Malah orkid la yang menjadi kesenangan pada mama....Lantas Nelly,adik-adiknya-Natalee dan Neesa mengerti dengan hobi mama nya..

"Hei!menung ape ni??'"

"Air tu dah sejuk pun!".Nelly tersentak.Lamunan nye terputus.Mak Bong berdiri dihadapan nya tersenyum.

"Papa pulang tengah hari ni Mak Bong?"."Mama tak bilang apa-apa?".

"Hmmm..papa out-station....err papa ada urusan di luarkah??"Katanya tak ada...."."Jadi papa pulang petang nanti?".

mak Bong TERSENYUMMM.......................

"Petang nanti.....,bila mama pulang,Mak Bong teman Nelly ke Supermarket ya!".

"Menungkan itu Saja?"

Nelly tersenyum kemudian mukanya merah padam.

"Boleh ye Mak Bong?"

Pembantu rumah itu Mengangguk.

to be continue..............

* * * * * * * * * * * * * * * *  * * * * * * * * * * * * * * * * *  * * * * * * * * * * * * * * * * *  ** * * 


hontoni arigato gozaimasu jia-chan.. ^^ 




Friday, 6 May 2011

first time join segmen ni

Segmen Kerana Manisnya Epal : Susun dan menang


hye sume....edit blik entry ni heheehe..lawak r sory aina..n thnks sbb sudi tag segmen ni juga...x de niat nk copy weh..aku x reti...nk wat tp ni aku cuba la....hye dil...sy br je follow blog awak....mmg gempak...tp nk tanya nape minat ngan epal.????.heheheehehe
****
***
**
*
*

So, sape yg nak cuba nasib, try la ek... click Sini..

disebabkan sy br je follow so sy men teka je..ni kot jawapan dia..heheheheh 
*****
E,B,C,F,A,D

Tak kisah kalo salah pun...hehehe..
suka suki je join...

jia tag


and


SILA LA join tau..hehe...

daaaaa........

Sunday, 1 May 2011

make ur life CHEERFUL wif Kids songs....

salam...HYE READERS

          entry kali ni nk share ngan korang lagu kanak2....sgt menghiburkan...idea ni aku dapat time otw g Bukit merah dengan ank buah aku.....PERJALANAN dari SIDEC ke Bukit Merah ni panjang...so merepek2 la budak2 tu dlm keta...macam2 lagu keluar dr mulut diorg..siyes kelakar.....hahahahahahaha.."silalilatalitamplom"...lebih kurang la....
nak kenal kan dulu diorg ni..yang muka tembam tu zafri *yang tgh tokok jari tu zakwan *n yng bwh angkat peace tu zikri.....

ni la...wajah diorg sebelum pg sungguh exited...tp smpai tgh2 jln dgn jalan jam...ag...so mula diorg boring..duduk lama2 dlm keta..n mula nk menyakitkan hati mak cik dia(aku la tu) dan ibu dia...tp yang angkat tangan peace tu yang menceriakan kembali dgn keletah dia yang nth pape....hehehhee


ni gmbar2 yang sempat aku edit dlm photoscape.....

si kecil yan semakin membesar...sgt menghiburkan hati...ku..lalallaalalaa
*
*
*
*
|*

ok now kita berbalik pada tajuk entry aku kat ats tuh.....lagu kanak-kanak..ni antara lagu kanak2 yang penah aku mainkan time aku kecikk...korang????ke sama je mcm aku punye lagu....jom kita layan lirik dia sama...bgaimna nk nyanyi ikut sedap korang la.....heheheehee...enjoy!!!!!

Ola Oli


Lagu permainan masa zaman budak-budak dulu.

Tak pasti budak-budak zaman sekarang tau atau tidak lagu nie.

Ola oli kuberi nama,
Saudara saudari cikebum cikebum,
Malam-malam minggu, siang-siang hari disko-disko,
Putih-putih melati Alibaba,
Merah-merah jelita meow-meow,
Siapa yg baik hati Cinderella,
lama-lama jadi PATUNG.....
*
*
*
*
*
*
Air Pasang pagi
Air pasang pagi surut pukul lima
nona bangun pagi siram pokok bunga
pokok bunga melur tanam tepi kolam 
itik bertelur ayam mengeram
cik baba jatuh dalam parit
cik aminah ketawa jerit-jerit
naik keta api singgah KUALA LUMPUR
nampak pompuan cantik terselit bawah dapur...
***
**
*
*
*
*
lat tali lat lai li tamplom
lat tali lat lai li tamplom
mak minah balik kampung
beranak dalam tong
nama nya sotong....
.....
*
*
*
***
anak itik tokwi

Anak Itik Tokwi,

Mandi Dalam Kolam,
Sakit Apa Tokwi,
Sakit Sendi Tulang...

Anak Itik Tokwi,
Mandi Dalam Kolam,
Sakit Apa Tokwi,
Sakit Sendi Tulang...

Ubat Ape Tokwi,
Ubat Limau Lelam,
Sakit Apa Tokwi,
Sakit Sengal Tulang...
***
**
*
*
*
nenek-nenek si bongkok tiga

Nenek, nenek,

si bongkok tiga.
Siang mengantuk,
malam berjaga.
Mencari cucu
dimana 'ada.
Nenek ku kahwin
dengan anak raja.

Cucu, cucu
tak dapat lari.
Nenek tua
banyak sakti.
Sekarang nenek
nak cari ganti.
Siapa kena,
dia yang 'jadi.
***

**

*

*

*
Hujan rintik-rintik
hujan rintik-rintik 
taik kambing bulat2
saudari cantik
saudara mengorat...
*

*

*

*

*

anak rusa nani

Anak rusa Nani
Baru kembang ekor

Apa dosa kami
Lalu tidak tegur

Buai laju laju sampai pohon ara
Apa Dalam baju Sekuntum Bunga Cina
Buai tinggi tinggi sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi pandai baca kitab

Anak rusa Nani
Baru pandai jalan
Mari ikut kami
Pergi tengok bulan
....
...
dan banyak lagi....
begitu la ceria hidup masa kecik2 aku dulu dengan lagu2 ni.....masih teringat kenangan aku time nyanyi lagu hujan rintik2 smpai jatuh basikal...korang ada ke lagu zaman kanak2 yng nk disharekan????....entry kali ni bukan saja nk imbas zaman kanak2 tapi nk ingtkan juga lagu ni supaya x pupus dimamah usia...sbb aku dh potretkan dalam blog aku ni....:)


tq readers sebab sudi tinjau blog aku.............:)





Most Interesting