Tuesday, 30 November 2010

Muhasabah DIRI................

Andai ALLAH telah mengatakan ini nikmat-nikmat ini diberikan pada siapa yang dikehendaki...dan aku termasuk dalam orang yang dikehendaki itu, maka pasti ada hikmah dan sesuatu yang ingin Dia ajarkan, tunjukkan dan tanamkan dalam jiwaku (dan jiwa kamu) kerana Dia mengatakan bahawa tidak diciptakan langit dan bumi dan segala di antara keduanya melainkan dengan tujuan yang benar dan dalam waktu yang ditentukan (Al-Ahqaf 46:3)

Dan untuk insan lain pasti ada nikmat lain yang istimewa ALLAH berikan pada kamu dan tidak pada aku, dengan cara itu sebagai mana kamu menerimanya dan pada saat itu di mana yang lain tidak mendapatnya..kerana ALLAH tahu apa yang terbaik buat setiap hambanya dan apa diperlukan oleh hambanya walaupun pada saat memperolehnya mungkin sahaja kita tidak mengerti...

ingatlah bahawa nikmat yang telah dikurniakanNya sangatlah banyak...(Al-Kautsar 108:1)



" Tidak kah engkau melihat bahawa ALLAH menjadikan awan bergerak perlahan2,kemudian mengumpulkannya lalu menjadikannya bertumpuk-tumpuk lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya dan dia (juga) menurunkan butiran-butiran ais dari celah-celahnya (iaitu) dari gumpalan-gumpalan awan (seperti gunung -ganang,maka ditimpakannya butiran-butiran ais itu kepada sesiapa yang dikehendakinya...kilauan-kilauan itu hampir menghilangkan penglihatan".(SURAH AN-NUR 24:43)


~~~Sejauh manakah  kita bersyukur atas nikmatnya setelah ALLAH memilih kita untuk merasaisatu lagi keindahan,keistimewaan dan keunikan ciptaannya~~~~

No comments:

Post a Comment

Most Interesting