Monday, 30 May 2011

KARAK.....

salam to all.....malam ni nk citer KARAK ....bukan KARAOKE....ala...filem terbaru YUSRI Kru...YANG ADA SHAHIR af8...CER teka g ngan sape?????TOPEK,ILA???/bukan2....kali ni g tgk wayang ngan LALA N KAK LONG.....unbelievable kan???heheheheee...

actually g nk tgk PIRATE OF CARRIBEAN..unfortunately...FULL.....!!!so decide tgk CITER KARAK...citer hantu di tonton..3 gadis yang drive through jalan senyap dan sepi pukul 11 mlm...malang lagi ketiga2 gadis tersebut penakut...dah la citer karak tu sal LEBUHRAYA karak..hehehehee....:P....

AFTER decided to WATCHING karak..we all g MAKAN KAT FOODCOURT tempat biasa..(JJ KINTA city)

dialog

jia:kak long g makan dulu....Jia nk beli manisan..(chee kang)

dayah:  emm xnak makan sini..kita tgk dulu wayang ..lepas tgk wayang makan la...jangan x berhenti lak???? dayah g cr roti jap.....

ajla:laaaa..nape xnk makan TAKUT MUNTAH YER???Ajla nk makn seezling meee....

aku& dayah:motIF MUNTAH???(ingt sepah...bila jep cakp kat shuib tutup muka ko aku nk muntah).....heheeee.....

ACTUALLY...kait jugak bnda ni ....sebab memang rasa nk muntah bila tgk ulat kat muka pelakon citer..masuk2 dh seram..memang rs nk muntah n rs nk muntah jugak tgk anak ROHANA JALIL...yang geletis dalam citer tu...ape pun memang berkesan watak geletis ko..hehehe..sampai aku xleh concentrate tgk citer t sebab orang belakng aku dok kutuk "kegeletisan  si KILAFAIRY....dengan bibir ala-ala ANGELINA JOLIE...hehehehehehe..tp nk kuar ape je..chee kang yang aku minum td ke?/????

n kadang2 rs nyampah bila tgk citer hantu melayu.....sebab pelakon tuh cm bodoh sikit..dh tahu toilet tu teruk,dh macam ape??still n go on...kalu aku sanggup je kencing tepi jalan..(apetah lagi yang berlakon scene tu lelaki...)mana2 pon ko bleh buang.....kan?????..n ade satu scnen dlam hutan.....dah tahu rumah buruk..still nk minta tumpang....dah sah2 tu umah hantu....ape da..tu pun xleh fikir....

ape pun...syabas pada sheera aiyob atasa lakonan anda....yang kira ok......la jugakkk...!!!....shahir....x suit..sbb mcm x mainka peranan je....TP paling mantap gaya geletis KILAFAIRY..hehehehheee...

APe pun enjoy...dapat tgk wayang wif AJLA..KAK LONG..(triple of us ONLY)..first time...!!!!

LAST BUT not least....Singgah MAKAN kat AYAM GOLEK batu gajah.....sbb td xnk mkn sbb tkut muntah kan?heheheheheheheehe.....



 gmbar ni aku sephia kan??sbb dan kesan CGI Pada kamera dan direktor ckp lebih elok gmbr ni di sephiakan bg mendapt kesan yang baek...hehehe(biasala..kamera hf  je..pemberian.MR.BOYOT)

p/s:...1.standrd la citer melayu hantu ..aku bg 3 bintang je.....n...x sah aku tgk wayng xde popcorn n air gas....heheheee......
p/s:kak long n lala..muka ANDA masuk blog saya....SILA LA follow mollow..hheheeee...:P



nu nite......tata...........:P




.

TAngisan DALAMAN....

Luaran selalunya tak melambangkan apa yang dirasai di dalam hati seseorang manusia.DALAM dunia ini penuh dengan pelakon yang tak kita sedari bakatnya.Bakat diorang mula terserlah apabila diorang mula menyembunyikan perasaan sengsara yang dirasai dalam hati,jiwa dan akal.Semuanya kerana x mahu orang lain mengehtahui tentang kesunyian dan kepahitan yang dirasainya....Mungkin kerana x mahu masyarakat turut memperlekehkan diorang..BIASALAH..manusia memang suka menjatuhkan orang lain demi kepentingan diri sendiri.....kerana ketamakan dunia...

Apabila perasaan yang bergelora ni tak diubati,,jiwa manusia mula hilang..AKAL dan HATI mula MATI.....mulalah  segelintir yang lemah mencari jalan mudah untuk menyelesaikan masalah yang membebani diorang ke jalan yang x sepatutnya...Lebih2 lagi segelintirnya yan memilih jalan yang memakan diri diorang sendiri.......AKHIRNYA....diri sendiri yang merana....

Menang sudah menjadi lumrah hidup...setiap perjalanan pasti mempunyai halangan yang kita terpaksa tempuh sungguhpun muncul tanpa keizinan kita..CUMA kita perlu beringat bahawa tiada yang mudah du dunia ini dan tiada pula yang terlalu sukar..APA yang kita perlu lakukan adalah menjadikan kekuatan diri dan niat yang ditanam dalam hati sebagai pendinding untuk kita meneruskan kehidupan yang penuh cabaran dan rintangan ni.....

Tak salah jika kita nk menjerit & dan x salah nak mempunyai perasaan marah....CUMA kita perlu belajar agar berusaha untuk mengelak dan menuding jari pada ke arah orang lain..TERUTAMA pada diri sendiri jika masalah mula timbul...SUNGGUHPUN  pada mulanya kita rasa x puas hati..tp kita kena sedar yang perasaan ini lamabat laun akan memakan diri kita sendiri...SIKAP negatif akan buat kita lupa tentang perkara yang positif yang terselindung disebaliknya..PASTI anda pernah dengar kata2  "setiap masalah yang datang adalah ujian dan setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya"OLEH ITU,jadikan ia sebagai ujian yang mempunyai 1001 sebab...dan HIKMAHNYA....

dULU aku penah mendengar dari seseorang yang "dunia ni memang zalim dan kebanyakan manusia memang tamak" ADA Juga yang pernah berkata"orang yang berjaya adalah orang yang berusaha untuk hidup dan orang yang gagal adalah orang yang suka memberikan alasan".....

OLEH ITU,beringatlah.....perjalanan hidup akan menjadi MUDAH jika kita MEMUDAHKANNYA......&perjalanan jadi sukar jika kita MENYUKARKANNYA..."


Belajar MENERIMA





Sebagai manusia kita sering melakukan kesilapan dan sebagai manusia juga kita sering berdepan dengan keadaan yang menghimpit sehingga mencetuskan rasa x puas hati,tertekan,marah dan sebagainya.ADAKAH kita redha dengan semua itu?????Jawapannya tentu tak kerana manusia seperti kita ni takkan mahu menrima nasib buruk,pasangan yang buruk,pakaian yang buruk&kelakuan yang buruk???

TAPI....cantik sangat ke hidup kita sampai x mahu menerima nasib yang buruk??cantik sangat ke kita,sampai x mahu menerima pasangan yang buruk????JIKA ditanya dengan soalan-soalan ini,kita pasti akan terduduk & tergamam seketika tanpa melakukan apa2 kerana kita sendiri tak tahu dimana tahap diri kita yang sebenarnya..Diwaktu ini jugalah kita akan berdoa mengharap seseorang datang menjawab persoalan tersebut,langsung meyakinkan orang lain bahawa kita memang x layak untuk menerima segala yang buruk........


HAKIKATNYA..xde ...xde orang yang akan datang menjawab soalan tersebut......walau dimata orang lain kita sebenarnya cukup sempurna,cantik dan cukup sifat....

Suatu masa dulu aku pernah ditanya dengan soalan sedemikian rupa..OLEH kerana merasakan diri berpendidikan tinggi,aktif,Antara yang terbaek......AKU  rasa tak layak untuk memiliki segala benda yang buruk termasuk pasangan hidup.WALAUBAGAIMANAPUN, aku akhirnya akur apabila terjebak dengan situasi yang sebagaimana dinyatakan td,sekaligus aku terfikir apakah jawapannya supaya kita layak untuk mendapatkan apa yang cantik,sempurna,cukup sifat &bukan yang buruk2......

Bertahun-tahun mencari jawapan akhirnya kau berjaya menemukannya....Dalam hidup ini kita sebenarnya tak pernah belajar untuk menerima.Kita xpernah nak menerima diri kita,kita tak pernah menerima pasangan kita.MALAH,kita juga tak pernah nak menerima kegagalan yang kita hadapi.DISEBABKAN tak mahu belajar menerima itu lah......KITA JADI BEGINI....tak puas hati,jadi baran,biadap & merasakan semua benda didunia ini adalah buruk dan tak berguna.....!!!!


Oleh itu..kita kena tahu....

Dunia bagaikan bebola kehidupan
ada manisan
ada hempedu
bagaikan suatu hidangan istimewa

semalam,kelmarin dan masa depan
mungkin cerah,mendung atau hujan
ini lah bayangan bagi setiap insan
melayan setiap karenah kehidupan

hempedu amat dukacita
manisan lemparkan senyuman
jika ini menjadi kenyataan 
inilah..BAYANGAN SEMALAM...........

cintaku yang telah lama terkubur.......

salam pembuka bicara......... 


aku pun xtahu nape ari ni tangan aku tetibe klik fb lama exboy aku...*******(fredo) bukan nama sebenar.....luluh hati dan jiwa tp ape boleh buat sebab dia dh jadi milik org...??aku tertanya sendiri....ape lg yang aku mahukan dr orang yang dah jadi milik orang....dan coretan ini jika di baca oleh Mr.BOYOT....pasti akan mencekam perasaaan nya...tp perasaan ini melintas difikiran tanpa sengaja dan jari ni tidak putus2 menekan abjad2 di lappy......maafkan  saya kerana keadaan ini..MR.BOYOT....sy x tau nape sy berkeadaan ini.....Ketika mulut ini ringan menyebut bait2 lagu ini.....dari BAND KERTAS.... menarik aku untuk menghayatinya.......tp jika awak baca coretan ini MR BOYOT.....sekali lagi sy ingin meminta maaf....kerana ketelanjuran sy mengingati kenangan lama.....:(


aku mentari tapi tak menghangatkanmu
aku pelangi tak memberi warna di hidupmu
aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan
selalu itu yg kau ucapkan padaku
reff:

sebagai kekasih yg tak dianggap
aku hanya bisa mencoba mengalah
menahan setiap amarah
aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan

repeat reff

sebagai kekasih yg tak dianggap
aku hanya bisa mencoba bersabar
ku yakin kau kan berubah

repeat reff



p/s :ak tiada niat untuk menyakiti sesiapa...tp kenapa sukar untuk aku melupakan kisah lama....

Saturday, 28 May 2011

hati seorang yang bernama"LELAKI"


 



♥ Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (perihatin).

♥ Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

♥ Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

♥ Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

♥ Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.

♥ Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

♥ Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

♥Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

♥ Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

♥ Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.


♥ Kebanyakan lelaki yg nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys! (how true)

♥ Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

♥ Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…

♥ Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

♥ Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa…yang lain hanya kawan..

♥ Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

♥ Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

♥ Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…

♥ Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Friday, 27 May 2011

Teka-Teki Imam Al-Ghazali..



Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-teki);
Imam Ghazali = “Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?”
Murid 1 = “Orang tua”
Murid 2 = “Guru”
Murid 3 = “Teman”
Murid 4 = “Kaum kerabat”
Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kta ialah MATI. Sebab itu janji Allah S.W.T bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati” (Surah Ali-Imran :185)

Imam Ghazali = “Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?”
Murid 1 = “China”
Murid 2 = “Bulan”
Murid 3 = “Bintang”
Murid 4 = “Matahari”
Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling besar didunia ini?”
Murid 1 = “Gunung”
Murid 2 = “Matahari”
Murid 3 = “Bumi”
Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al-A’raf:179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling berat didunia?”
Murid 1 = “Baja”
Murid 2 = “Besi”
Murid 3 = “Gajah”
Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat sekali adalah MEMEGANG AMANAH (Surah al-Azab:72. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling ringan di dunia ini?”
Murid 1 = “Kapas”
Murid 2 = “Angin”
Murid 3 = “Debu”
Murid 4 = “Daun-daun”
Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat”

Imam Ghazali = “Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?”
Murid-murid dengan serentak menjawab = “Mata pedang!!!”
Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri” 


renung-renungkan dan selamat beramal........:)

CECITER " 7 hari Mencintaiku.""


Salam to all readers...lama aku sepi sbb aku busy ngan praktikal skrg......alhamdullillah dah nak masuk minggu ketiga..alhamdullillah aku selesa kat sana.tp tu la bila dh keja...azab la dengan report yang bersepah2...so,nk lulus!!!nak xnak kena wat juga...:P

OK..berbalik pada tajuk entry ni ....aku nk ulas mengenai novel ni dan watak2 yang aku rasa sesuai kalu novel ni nk diolah menjadi drama ke???movie ke???so guyss..seeee yahhhhhhhhh!!!!

antara watak utama dalam novel karya siti rosmizah ni...MIA ADRIANA......watak ni menggambarkan seorang yang sombong,bongkak,degil,cantik pada kemunculan awalnya...MIA bersifat jahat,tidak menghormati orang tua dan bengis,tidak peramah dan berperwatakan cantik dan menarik......MIA seorang remaja yang sombong pada zaman sekolahnya dan suka merendahkan orang lain.dia sentiasa mahu yang terbaik dalam hidupnya.tidak menyukai orang kampung kerana papanya seorang yang dihormati di kg tersebut...MIA mempunyai keluarga yang berpecah belah..dan tinggal bersama papanya...pADA mulanya MIA bercinta dan hampir kawen dengan KHALIL..walaubagaimanapun....KHALIL tidak hadir di majlis pernikahan mereka membuatkan papanya terkejut dan mendapat serangan jantung...Maruah keluarga MIA diselamatkan oleh seorang jejaka Kg,KHUZAIRI yang sangat baik hati dan sentiasa menghormati orang lain...KISAH 7HARI MENCINTAIKU....adalah cerita mengenai dua karakter hero dan heroin yang berbeza..??????Persoalan nye ape yang berlaku pada rumah tangga mereka??apakah sebab KHALIL meninggalkan mjlis tersebut???


WATAK MIA ADRIANA=TIZ ZAKYAH

KHUZAIRI.......adalah seorang lelaki yang memendam rasa...KHUZAIRI adalah seorang doktor(tidak diketahui pekerjaan ini)...yng pernah menyintai MIA ADRIANA..pada zaman sekolah...tp enggang xkn boleh terbang bersama pipit..kerana dia sedar...MIA ADRIANA tidak mungkin menyukai lelaki kampung dan seorang pengusaha kambing(pada dasarnya)....... KHUZAIRI sebenarnya memilik sebuah klinik yang dibina untuk membantu penduduk kampunya bersama rakannya DR.ZAIDI.Sejauh mana lelaki sanggup bersabar dengan karenah isteri..jika isteri nya tidak menghormati ibu tiri yang dianggap sebagai ibu sendiri...sabarkah seorang lelaki bila isteri nya memaki hamun ibunya,MAK LEHA.....didepan matanya.Sabarkah Khuzairi bila MIA ingin membuang zuriatnya..dan apabila zuriatnya dilahirkan ,ALISA.....MIA Langsung tidak ingin untuk menyentuh dan menyusukan bayi tersebut.Kesabaran ada hadnya dan kemudian KHUZAIRI sedar yang desakan isteri untuk melafazkan talak harus direlakan..kerana""silap aku juga kerna jatuh cinta insan sepertimu seanggun bidadari..seharusnya aku,cerminkan diriku sebelum tirai kamar aku buka untuk memilikimu....""!!!!!Akhirnya KHUZAIRI redha melepaskan MIA.........

KHUZAIRI=ASYRAF MUSLIM


ISTERI mana yang sanggup jika selalu dituduh oleh ibu mertua tentang kejahatan yang langsung tidak pernah dilakukan...MAK LEHA...disifatkan sebagai ibu yang amat membela anak lelaki yang tidak berguna,HELMI.....yang sanggup merosakkan isteri abang sendiri...atas arahan KHALIL...yang sanggup memusnahkan perniagaan abang sendiri.....MAK LEHA juga mempunyai karakter ibu mertua yang mulut celupar dan menuduh MIA sudah ditebuk tupai dan dikahwinkan dengan anak tirinya..KHUZAIRI.....Tetapi karakter MAK LEHA dilihat sangat menyayangi anak angkat nya BUNTAT......BUNTAT merupakan kanak2 yang terencat...BUNTAT sangat menyayangi MIA..ttetapi MIA amat tidak menyukai BUNTAT..kerana BUNTAT sangat kotor dan badanya dipenuhi dengan kudis.....NADIA merupakan anak perempuan MAK LEHA & PAK SAMAD...NADIA mempunyai karakter yang baik,dan sangat menyayangi BUNTAT,dan akhirnya bertemu jodoh dengan DR.ZAIDI...



SYAKILA merupakan tunang kepada HELMI...adik KHUZAIRI..tp pada masa yang sama menyintai KHUZAIRI...syakila merasakan khuzairi tidak seharusnya memiliki isteri sebongkak MIA....padanya dia yang layak untuk KHUZAIRI dan amat kecewa kerana ditunangkan dengan HELMI....apabila HELMI dihalau oleh PAK SAMAD kerana kecewa dengan perangai buruk HELMI yang membuat rancangan jahat untuk mengenakan abgnya,KHUZAIRI....dan pada masa itu,KHUZAIRI dalam dilema...dan menerima cadangan MAK LEHA untuk berkahwiN dengan SYAKILA...(jika pernikahan antara syakila dan khuzairi berlaku maka jatuh la talak pada MIA)...



SOFI adik kepada KHALIL yang sentiasa menyokong dan menolong MIA...dan juga merupakan sepupu MIA..dia yang selalu membantu dan memberitahu rancangan KHALIL pada MIA....dan akhirnya berkahwin dengan HELMI


****
**

MIA melahirkan anak ALISA.....tetapi tidak mahu menyentuh bayi itu dan meningglkan KHUZAIRI bersama anaknya

*
*
*
KHUZAIRI KECEWA...
***
*
*
*
Kematian BUNTAT menyedarkan MIA....

****
**
**
*
Kematian KHALIL
****
***
*
Kesedaran HELMI....
***
**
*
MIA berhijrah ke UK bersama anaknya
***
***
**
Perkahwinan KHUZAIRI DAN SYAKILA
****
**
***
*
Rahsia SYAKILA TERBONGKAR......



*
**

Perkahwinan SOFI dan HELMI




MIA kembali pada KHUZAIRI bersama anak mereka ALISA




dalam hati DR.ZAIDI terukir nama NADIA.....


p/s dapatkan buku ini dipasaran kerana tidak rugi untuk membaca novel ini yang penuh dengan penceritaan kehidupan.......anda akan menglirkan air mata disaat kematian BUNTAT.....dan pengakhiran cerita ini berakhir dengan penyatuan MIA dan KHUZAIRI..:)

Wednesday, 18 May 2011

RAJIN VS MALAS

Topik ARI ni adalah berkenaan RAJIN dan MALAS..........sume orang mesi dianugerahkan dengan sikap ni betul x??????SAME like ME.......kadang aku rajin.....kadang aku mls..so kalu aku mls....memang xdapek nk tolong nk mndi bersihkan diri pun aku malas..haaaha nak lagi time aku demam....ke frust tongeng..kena buli ke???so bila jd cm tu aku mls nk wat keja n amek TAU sume tuh......

so ari ni aku nk bongkar kan satu rahsia..tp ni dlm bilik aku je...la...x berkaitan ngan belajar,keja....kawan...atau sesapa saja..ni cerita aku.......aku punya suka..hahhahaaaa!!!!

ha amek ko gmbr first ni.....YANG ATAS tuh gambar bilik aku time aku dapat seru untuk kemas..!!!!haaaaa..cntik kan kemas je...........:)..sejuk mata nengok.....ank buah aku pun suka masuk..bau wangi......jer....:P
*******
***
**
*
*
*
*
*
*

haaaaaaaa..amek ko time aku mls..GAMBAR YANG BAWAH TUH....memang tuh la jadinya kalu aku dh malas....MR BOYOT(bear)tu pun xnk tgk keadaan bilik aku time tuh terus nyorokkkkkk...malu woiiiiiiiiiii!!!!!!!(tp plssssssssss jgn salah kan aku sbb aku tgh stresss stdy x sempat kottttttttt nk kemas bilik....)alasan lah ko!!!!!ank dara pemalas..!!!hehhheeeeee....ok2..cukup la hinaan tuh....
****
***
*
*
*
NEXT PICTURE

LAH....ape ni x sudah2 ag tunjuk perangai malas aku?????(sambil pejam mata)...ish..ish..ish.....MALUNYER......!!!!!!haish jia....mcam tongkang pecah....Yes mam aku  ngaku...Time ni ank buah aku serabut nk masuk bilik..time kemas dia masuk la  sbb nk sepahkan bilik aku????so bila bilik dh sepah xkan dia masuk nk tolong kemaskan  kottttttt!!!!!haaaaa jwab???????
***********
******
***
*
*
*
NEXT PICTURE PLSSSSSSS...........:)


:(.......(T.T)........(O.0).....Neno...neno...helpppppppppp!!!!!
mana nk sorok muka wehhhhhh!!!!!!
xdeke kata2 pujian dr korang.......aku tau la aku memang malas..tp jangan sampai begini sekali......:(..sadis tgk bilik aku...!!!!!!!!
************
*****
****
**
*
*


*xnk tunjuk dah...!!!!!!
the end...












oit!!!!
oit!!!
meh tgk sini..................tgk la..jgn pejam mata...cuba tgk ni...TGK LA......woiiii..TGK LA...KANG AKU KOREK BIJIK MATA TU KANG...hhahahahahahaaha........OOOOOOO time aku tunjuk gmbr aku kemas bilik time aku rajin xde lak korang nk puji yekkk..YELA sume nmpak kesalahan je kebaikan de org nk hargai...hehehe..emo nyer ko cik kiah!!!hahahaha:P




 aku suka pic ni..jiwa tenang je..nk tido atas tuh sayang takut selerak......:P.....abes aku nk tdo kat ne?????

meja stdy...orang kata nk stdy kenalah kat tmpt yang kemas...tp aku len plak....meja tu mmg kemas tp port katil yg selerak gak jd tmpt aku stdy..sia2 hias meja stdy lawa2..tp at last katil gak tmpt ko stdy ye jia..!!!!hahahaahhaa
haaaaaaaaaaaaa..baru puas hati...................tgk bilik kemas,ceria,colourful....ni time aku rajin laaahhhhhhhhhhhhhhh!!!!!..berpeluh gak la...kemas bilik ni.....!!ape pun aku puas hati.....ni la..antara "pe'el" aku bila aku rajin dan bila aku malas.........aku pasti sume pun ade kan sikap tuh...xleh nk rajin senantiasa....!!!!SUME PUN XSEMPURNA.....

P/S..aku insan biasa..punyai kelemahan diri.....aku aku hanya nk kebahagian jadi milik aku satu hari nt...

aku suka quote ni"AKU KEMBALI KERANA MASIH MENCARI YANG HAKIKI SINAR PASTI JANJI SUCI YANG ABADI....."

moral:jom tgk ramai2 citer NUR  KASIH THE MOVIE.....
***************************************************************************

hontoni arigato gozaimasu jia-chan.. ^^ 

Monday, 16 May 2011

BUAT RENUNGAN.......

Marilah sama-sama kita menghayati nya dan muhasabah kan diri bersama....


Siapakah orang yang sibuk? 

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s 

Siapakah orang yang manis senyumanya?


Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil 
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? 


Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. 

Siapakah orang yang miskin?


Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?


Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan... 

Siapakah orang yang paling cantik? 


Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. 

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? 


Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang. 

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? 


Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? 

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka..




























assalammualaikum......

Sunday, 15 May 2011

KaKi NoVEL

Aku adalah seorang kaki novel...aku suka baca sumpah.......!!!
novel ni jadi peneman aku time sUnyi,time aku xde keJa.bosan tahap ciPan..aku pun ringankan la...tangan aku menyelak helaian demi helaian dan melapang pemikiran aku untuk dapat menjiwai watak pompuan dlm novel tuh adalah aku...(jeng..jeng..jeng)....hahahahaha..kalu xde bf yang nak layan msg aku xpe..sbb aku ada bf len yang boleh wat aku heppy.....my bf=novels..:P

Banyak dah aku kumpul novel sebenarnyeee since primary school ag...selamat aku da kakak yang kaki beli novel .Oleh itu,aku pun tumpang sekali..sbb time tuh mn da duit nk beli novel sendiri...Then..aku blik kg ari tu aku kumpul blik sume novel2 yang masih terselamat masa time kitorang pindah umah dulu...

Aku start kumpul novel yang aku beli sendiri time secondary school..ada hadiah dr exbf(masa dapat markah tertinggi ujian pendidikan islam)..:)..tp kebanyakknnya novel melayu....dan cinta...(love story la time tuh tgh angau...)...novel penyiasat remaja kakak aku la kumpul masa kitorang kat MELAKA.....then masa aku kat oversea dulu aku da beli gak novel omputih....kebnykan dari SOPHIE KINSELLA..n LISA JEWEL...rupanya kat sana harga buku sgt la murah....myb sbb kat sana orang ramai digalakkan membaca...sgt best kalu borang buku citer kat sana.....bayangkan novel PIRATE OF CARRIBEAN leh dpat dlam harga 10 pence.(50sen duit malaysia weh)....sape nk bg oi???

Aku memang gemar kumpul novel .Antara impian aku bila dh keja aku nk penuhkan rumah aku dengan novel...at least duit gaji seratus lebih untuk novel saja.....time tgh belajar ni pun aku sanggup berhabis sbb nk beli novel..so.....no wonder la duit PT aku salu ja sengkek time hujung2 sem ni....Buat beli bnda ni la...tp nk wat cm ne?????dh MINAT..!!!


Ni la antara koleksi ...buku2 aku yang masih ada kat umah aku......sume dh abes baca..siap repeat 2-3 kali....

 ni adalah koleksi terawal..zaman2 kanak2..keja nk jd detective conan..tu yang baca buku penyiasatan...hehehee


 ok..dh remaja sikit..mula berjinak dgn novel remaja..cintan cintun...tp lebih gemar novel santai..ala2 kelakar gitu....(aku br je berjinak ngan kaki novel...trdemark..rama2)



 antara koleksi melayu dan omputih....(trio bg karya leeya myra..)
1-mencari cinta
2-izinkan aku bahagia
3-ceritera rindu

sudut simpanan novel2 yang terbaik..bersama koleksi soldier(dari MANCHESTER):)


so ni la antara koleksinya....yang menyatakan aku seorang KAKI NOVEL.....


ni adalah yang terbaru....tp sebenarnye "andai itu tkdirnya" dh lama kuar...aku dh baca tp aku beli juga untuk koleksi aku.....masih sedang berusaha membaca dan menghayati..."7 hari mencari cinta"mampukah aku??

**************************************************************

hontoni arigato gozaimasu jia-chan.. ^^ 

Wednesday, 11 May 2011

bila sume dah terpengaruh ngan Citer CUN....+RElease Tension+Makan2 di Shabu2

salam to all reader.........
Sepatutnye entry ni ditulis semalam..tp atas permintaan  myest atie..



so jia abeskan dulu cerpen Nelly Yasmeen...walaupun kesudahan citer tu jia yang lost.....tp tu la cerita sebetulnya..sebab kita kena belajar..x semua yang kita impikan akan kita capai....setiap orang ada kelemahan..walaupun kita nampak seseorang tu perfect tp x semestinya hati nya xde lara dan duka..mesti somewrong somewhere....macam CIK HANIS ZALIKHA....walaupun dia pandai,cun,kaya,..retis bak kata CIK EPAL.....tp yang buruknya tulisan dia HODOH....heheheeee(jangan marah kalu cik hanis baca blog ni...KALAU LAAAA.hahahahahahahhaaaa)

Seterusnya.......

lepas abes azab exam ari tu....xrancang tetibe kawan jia si ajiyan ajak g jenjalan......pg makan.....dia sponsor sume heheheheheee.tu yang jia follow..hahaha...orang len sibuk tdo..sbb rasanya diorg stdy tdo lewat..hahaa x macam jia ..tdo dan tdo......walaupun exam tu sangat penting.....yang sonoknye time nk sampai je destinasi mkn2 tuh....kitorang sempat berhenti kat tepi sawah....mula2 nmpak cam nk gurau tp memang jia stop betul2...tepi sawah....sorang ag kawan jia,ila....baru je beli KAMERA DSLR..so...memang naya la ko sape suh ade kamera mahal2 ..ha tangkap....gmbar aku ni..hehehehehhehe..ok pose..pose.....macam citer cun tuh..hehehehehee......


tudiaaaaaaaa..mak beruang,kakak beruang,adik beruang dan baby beruang..(aku la tuh....)jgan terkejut lak tgk beruang kat tepi sawah...hhaissssssssssshhhhhhhhh....mak beruang tu yan la...sbb time tuh dia ber"wang"..yang hulurkan duit dia time bayar makan2 kat steamboat......kat SHABU-SHABU....tp lepas tuh..kutip la balik kat anak2 beruang.....beruang fotographer..xde sbb sibuk shoot gmbr beruang ni sume...heheehe..(kawan2 lawak je k.....)..ok next destination....

jia:Eh,MONA...ko tau ke jalan nak g ni????kan ko ade pengalaman pg tempat ni..kitorang sume xpenah...

Mona:AKU X BAPE ingat tp dekat ngan giant selepas giant...

jia:ah..sudah si tukang baca peta pun taktau abes la...sesat jap g

ila:.KALU JALAN pg giant aku tau la.....

yan: aku ada baca dlm blog kedai tu belakang Kamdar....

along:diam membisu..tdo agaknyer dlm keta..heheeheheehhe


so...gamble la....dh namanyer gamble...so nth lorong ,mana aku masuk dah sampai ke lekir...giant x jumpa...pekan x jumpa kedai x jumpa...last2 masuk  ladang kelapa sawit...selamat tembus gak kat tempat yang....."macam penah kulihat tempat ni??"//area tempat aku selalu karaoke ngan topek,ila n the geng....hahahaha  ....DAN akhirnya sampai jalan ONE WAY..aku undur dan masa tuh mona perasan kedai SHABU-SHABU tuh.......ape lagi yes berjaya lepas meng"gamble."..td akhirnya berjaya sampai/.....tp spoil betul la....ada event navy br tamat latihan.....was2 kitorg nk masuk..buka ke x?/then kena cmpak duk kat belakang...xbest lgsung nk amek lauk pun susah..!!!!

ape lagi....mula la operasi cekau lauk banyak2 kumpul atas meja.....mkn......ape yang xde...sume adeeeeeeeee....kitorg second customer mlm tuh....selain dak2 navy yang agak skema mlm tu...

bila pg situ memang banyak gila lauk pauk,,bakar2 ada,stim2 ada...goreng2 ada,ice cream abc,buah,kek..sume ade.......kalu nk tau byk ag sal tempat ni ...SILA tgk blog AAINAA.....ha kan mari tgk pe yang kitorang amek sikit je sebenarnye...





hahahaa....masa mula amek xnak fikir la leh abes ke tak??...sbb ingt dah bawak beruang leh la makn byk2.heehehehee...sekali dh hujung2 tuh...penat nk kunyah.....semua tersandar.......tp bila terbaca notis.kat belakang...."MEMBAZIR AMALAN SYAITAN"100g=rm 5.00.....hehee...kitorg pun mkn la juga..sbb nk elakkan bayar "extra "tuh..heheehhee......ya ampun sebelum nk abes tuh mkn2 idea nk  buang bnda tu..ade yng nk letak dlm tudung yan.....ade nk letak dlm tisu then letak dlm beg...dan macam2 lagi..memang kelakar.... dan selesai juga makan bnda tu ..last sekali..untuk mengalakkn proses condensasi...ais krim la pe lagi...yummmi.....sedap2....!erkkkk..blurkkkkkkkkkkk!!kenyang ALHAMDULLILLAH......heehehehehee..sungguh xsopan kamu wahai jia......:P

aktiviti seterusnya....nk tambah berat badan..masti de aktiviti riadah lak....so pg la lepak kat LUMUT.....








hebat kan kitorang...walaupun mlm tu happening tapi ade mkhluk tuhan sekor tu sibuk je nk kaco....so drpada berlaku sesuatu kitorg pun blah la....dr lumut...spoil la .........the end....whatever happen we all still have a great time last nite....destinasi akhir before go  home n sleep....singgah MADINA...minum2....tq frens...!!!!!


*****************************************************
hontoni arigato gozaimasu jia-chan.. ^^ 


Tuesday, 10 May 2011

cerpen:story of my life FINAL - title: nelly yasmeen@jia

SITUASI 5-TAMAT

Selesai bersalam dengan semua orang..dengan berat hati,Nelly melangkah kaki ke tempat pemeriksaan tiket..TERDENGAR  juga suara mamanya yang menyuruhnya telefon setelah sampai…dan jaga diri…

Dalam KAPAL terbang,bermacam-macam wajah ornag yang disayangi terpampang difikiran…Tiba-tiba di teringatkan Fredo,”Mungkin ada orang akan memberitahunya.”Maafkan aku Fredo..aku terpaksa pergi untuk mencapai cita-citaku di menra gading dan juga janjiku pada papaku aku terpaksa melupakan perasaaan ku terhadapmu..Ku harap kau dapat melupakan diriku dan mencari orang lain kerana kau mungkin akan bosan dan letih menungguku selama 5 tahun,”……….


Kedatangan pramugara kacak yang bertanyakan pesanan menyebabkan lamunanku terhenti..
Lantas Nelly menggelengkan kepala bermaksud tidak mahu apa-apa.Pramugara itu pun beredar kepada penumpang yang lain.

Sepanjang perjalanan itu,Nelly hanya melelapkan mata sambil berharap mimipi indah muncul…    Semoga impian untuk menjadi peguan bertauliah menjadi kenyataan..”Fredo,ah!!!..Biarkan dulu..mungkin ada jejaka tampan menungguku di AUSTRALIA.dan pasti ada episode yang lebih menarik.”detik hatinya.

Dan KALI ini BIARLA PAPA DAN MAMA MERESTUINYA…..




P/S:harap para pembaca menyukai cerpen berunsur novel ini..nak kutuk bleh..tp jauh sikit…nanti ade kena penampar cm Nelly kot..OKEY harap anda terhibur….

*cerita ni aku create tentang kisah aku dan dia suatu ketika dulu…..tp aku ubah watak dan jalan ceritanya bagi menghormati orang dalam watak2 ni…memang impian aku untuk jadi peguam satu masa dahulu…dan aku Berjaya melanjutkan pelajaran di Uitm PERAK dalam bidang UKUR BANGUNAN…6 thun di sini.”.fredo” telah pun menemui ratu hati nya…..dan aku…masih sendiri…..tidak pernah menemui cinta sejati….:)tp aku bahagia….dapat membanggakan mak dan abah….walaupun abah x sempat hadir ke majlis aku menerima selimpang anugerah Naib CANSELOR….tp aku tahu abah tetap bangga walau pun dia xde lagi di sisiku…SEMOGA ROH ABAH dicucuri RAHMAT…..al-fatihah….!!!!!


*******************************************************************************
 hontoni arigato gozaimasu jia-chan.. ^^ 

Most Interesting